Assalamualaikum, apa khabar semu? Pejam celik dah masuk bulan Jun. Bermaksud kita sudah setengah tahun di tahun baru. Cepatnya masa berlalu. Rasa baru lagi pasang niat tahun baru kan. Camne? Niat tahun baru dah hampir tercapai?

Jadi kali ni mami nak share satu quotes kata-kata motivasi yang mungkin memberi harapan kepada mami dan anda semua. Quotes ini jugak lah mami akan ulang-ulang baca setiap kali mami berasa kecewa atau berputus asa.

Kata kata motivasi ni sangat sesuai untuk anda yang sedang jalankan business @ tgh plan untuk mulakan perniagaan

Untuk usahawan seperti mami, naik turun bisz, suka duka, sedih ketawa tak pernah sunyi dalam melayari dunia business. Ada masa untungnya besar…ada masa cukup-cukup makan sahaja.

Ada satu tips, yang selalu mami amalkan disaat mami rasa lost atau down. Biasa disaat kita lost kita tak tahu bagaimana mahu bangkit. Banyak perkara bermain diminda. Caranya mudah sahaja, list dulu apa yang kita nak lakukan. Kemudian, kita buat dulu step atau perkara yang kita rasa mudah dan mudah dicapai.

Ada pepatah menyebut, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sama lah macam ni, buat dulu small step, tapi berterusan. Pasti akan ada hasil. 

Jika kita tudak mampu lakukan banyak, kita boleh lakukan sikit-sikit secara konsisten.

Mereka yang berjaya, bukan kerana dianugerahkan…tapi mereka berusaha bersungguh-sungguh.

Semoga sedikit sebanyak kata-kata motivasi dari mami dapat memberikan inspirasi kepda anda semua.

Semoga bermanfaat

Leave a comment

Trending

Design a site like this with WordPress.com
Get started