Dalam duk kalut beraya, jemputan open house sana-sini…seakan tak terasa hari ini sudah masuk 24 Syawal 1444.

Ingat waktu bujang dulu, mami tak suka sangat attend open house. Kalau boleh nak duk umah je. ma abah pun sama. Tak suka berkunjung sangat rumah sahabat atau saudara mara. Sebenarnya bagus untuk kita berkunjung ke rumah sahabat handai, saudara mara untuk rapatkan silaturahim. Kalau ada kwan kawan jemput untuk open house, sebaiknya kita cuba untuk hadir walaupun hanya jamah sikit je.

Tahun ni, mami rasa banyak sangat jemputan open house hari raya, sehingga sapai sekarang mami takde peluang lagi nak buat open house sendiri. Bayangkan satu hari 3-4 majlis perlu dihadiri. Bila anak dah masuk sekolah tenang sekejap. Hujung minggu masih beraya. Agak-agak kalo mami buat open house lepas raya ok tak😅

Ada yang tanya, larat pulak mami attend open house hari raya banyak-banyak dalam keadaan cuaca panas terik sekarang. Mami share skit tips nak g open house. Biasa kami akan mula kuar rumah jam 10 pagi. Suami akan list dulu rumah yang nak pergi. Kemudian plan route. Biasa kami akan start yang jauh dulu.

Selpie dulu sebelum start berkunjung

Mami akan makan hidangan berat di rumah pertama. Contoh nasi atau mee. Kuih-kuih mami tak makan sangat. Untuk rumah seterusnya, baru makan menu sampingan. Next rumah mami minum sahaja. Biasa mami akan pstikan anak-anak akan makan menu berat sekali lagi di rumah terakhir. Bila balik rumah, mereka dah tak bising lapar. 😂

Bekalan Performance Drink wajib standby di musim panas kering ni. Untuk kekal terhidrat

Gemok lah kan bila beraya ni. Yang ni mami tak nafikan, risiko bila attend open house. Kadang-kadang susah jugak nak kawal nafsu makan. Semua nampak sedap. Tapi atleast mami ada ambil dulu Phytocol-ST sebelum makan, utk halang kolesterol dari makanan masuk ke saluran darah.

Ada promo uols…trus mami grab 2 botol diskaun 20%

Sebenarnya best kalau ambil herblax, alfalfa, omega dan lechitin juga musim ni. Sebab dapat bersihkan usus, dapar kawal lemak dalam makan, dapat kurangkan rasa sebu dalam perut. Tapi mami pesakit SLE cuma boleh ambil Omega dan Lechitin. Dengan kalori yang mami ambil setiap hari, dapat lah juga kawal berat badan dari naik mendadak.

Ok lah nanti mami share lebih detail tentang Vitamin yang sesuai. Jumpa lagi ya…

Leave a comment

Trending

Design a site like this with WordPress.com
Get started