Assalamualaikum, selamat pagi semua…sihat ker? Hari ni mami nak story tentang apa itu SLE. Mami dah bersama SLE sejak tahun tahun 2012. Alhamdullilah, walaupun terpaksa bergantung dengan ubat seumur hidup, tapi kesihatan mami lebih baik sekarang. Dapat jalani kehidupan seperti biasa.

Penyakit SLE atau Systemic Lupus Erythematosus merupakan penyakit Autoimmune yang berpunca daripada sistem pertahanan immune badan menyerang organ pesakit, lebih mudah dikenali sebagai penyakit “MAKAN TUAN”.
Penyakit ini merupakan Penyakit Systemic yang boleh merosakkan pelbagai organ badan seperti otak, jantung, buah pinggang, sistem darah, hati dan otot serta sendi.

SLE sering menyerang pesakit dikalangan Wanita berumur antara 15 ke 45 tahun.
Setakat ini, SLE tidak boleh disembuhkan tetapi hanya boleh dikawal oleh pelbagai jenis ubat-ubatan berupa steroids untuk mengurangkan keupayaan antibody ini.
Haa itu sedikit sebanyak lah mami ceritakan tentang SLE. Penyakit kronik, tp sekiranya kita mendapat rawatan yang betul dan secara konsisten insyaAllah pesakit SLE mampu hidup bahagia sama macam orang lain.

Kisah hidup mami bersama SLE sejak 12 tahun lalu. Waktu tu badan mami betul-betul lemah. Hospital dah macam rumah ke dua. Ubat-ubat dah macam gula-gula. Kalo dulu demam, nak makan panadol pun sumbat dalam pisang. Bukan main susah nak telan😆😆. Sekarang 10 biji air setengah cawan dah cukup. Teror.
Ok-ok sambung story testimoni Shaklee mami setelah kenal Vivix. Setelah 2 tahun bersama SLE, masih belum tunjuk trend makin baik mami terfikir yang badan mami perlukan “sesuatu”. Mami disiplin makan ubat, tapi badan mami still lemah. Kulit makin kusam, badan sembab. Perubahan fizikal waktu tu sangat mempengaruhi emosi. Jadi bertambahlah cik SLE ni tak reti duduk diam.

Kemudian mami buat research pemakanan do and dont untuk pesakit. Dan ada satu kajian menunjukkan ada pesakit SLe sembuh setelah konsume “red wine”. Kita orang islam takkan nak ambil wine kan. Red Wine sangat kaya dengan antioksidan. Dan alternatif yang terbaik yang mami jumpa adalah Vivix. Kndungan Anggur Muscadin yang kya dengan polifenol dan antioksidan sangat bagus utk repair sel sel DNA badan yang rosak.

Jadi, mami pun buat keputusan untuk beli Vivix. Dan inilah vitamin pertama yang mami ambil dari produk Shaklee. Yang meyakin mami adalah Vivix ni terhasil dari 4 bahan utama sahaja dan hanya organik. Sebab mami dah ambil banyak “chemical” dari ubatan dan rawatan SLE. Jadi mami memang pilih organik untuk kawal balik bahan kimia tersebut.
Perkara pertama yang mami rasa perubahan setelah beberapa hari consume Vivix, badan mami jadi sangat bertenaga. Kalau sebelum ni, nak menyapu satu rumah mami kena berhenti 3-4 kali umtuk selesaikan. Selain itu, badan mami dah tak sakit. Bangun je tidur boleh terus bergerak. Kalau sebelum tu, mami terpaksa suruh suami picit-picit dulu sebelum bangun.

Suka sangat mami waktu tu, rasa hepi sangat bila badan kembali bertenaga. Mana tak hepi, mami dapat tunaikan tamggungjawab mami sebagai seorang isteri dan ibu. Dapat jaga kebajikan suami dan anak-anak.

Dari situ lah cinta pertama mami terhadap Vivix. Dah 10 tahun bersama. Bila mami dapat balik nikmat sihat, terasa sangat rugi kalo kita abaikan kesihatan kita. Tak rugi kalo kita invest sedikit duit untuk beli Vivix atau supplement lain untuk harga kesihatan di masa hadapan.
Nak try #Vivix dan #ResV klik je link ni: 👍🏻👍🏻Saya nak Vivix @ ResV
Leave a comment