Assalamualaikum, apa khabar semua!! Didoakan agar semua pembaca blog mami dikurniakan kesihatan yang baik. Apa aktiviti korang hari ni? Mami pergi kenduri sahaja. Keluarga sebelah abah. Jarang kami dapat berkumpul. Bila berkumpul je semua dah macam takde hari esok. Rancak berbual. Seronok betulkan.

Dulu-dulu masa kecik kami rapat sangat. Tapi biasalah bila dah masuk alam belia semua sibuk dgn urusan masing-masing. Sekarang bila dah tua ni baru lah cari balik sedara sedara. Orang tua pun dah takde. Tinggal tokma dan tok abah je lagi. Alhamdullilah. Sentiasa disayangi oleh anak cucu sedara.
Bila sebut tua ni, haa baru teringat topik yang mami nak share kali ni. Topik yang agak sensetip terutama pda wanita.😞 JERAGAT. Omg tulis je pun dah rasa seram. Mami pun alami masalah yang sama.
Dulu-dulu mami takde ilmu sangat bab kecantikan ni. Ye lah mami takde masalah kulit. Takde jerawat. Jadi bab penjagaan wajah ni mami abaikan. Bukanlah kata tak langsung jaga, cuma tak konsistem. Sapailah bila mami masuk umur 30-an, tiba-tiba mami perasan ada bintik bintik hitam pada wajah. Macam tahi lalat tapi banyak. Lepas mami google baru lah mami tahu rupanya mami ada masalah kulit berjeragat. 😣
Punca utama terjadinya jeragat adalah kulit kering dan kulit terdedah dengan cahaya matahari secara terus tanpa perlindungan UVA dan UVB. Lepas tu baru lah mami start konsisten pakai SPF dan juga ada follow beberapa petua untuk pudarkan jeragat.
1- Gunakan perahan jus lemon untuk cara hilangkan jeragat secara tradisional
Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.
Cuba gunakan 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukannya ke atas kawasan yang berjeragat. Biarkan selama 8 hingga 10 minit dan lakukannya 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik.
2. Sapukan aloe vera untuk hilangkan jeragat
Aloe vera mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai Aloesin yang efekif untuk melawan pigmentasi. Malah, ia telah menjadi salah satu rawatan tradisional yang digunakan secara turun-temurun untuk hilangkan jeragat.
Sapukan aloe vera pada kawasan berjeragat selama 15 minit. Kemudian, basuh dengan air sejuk. Lakukannya setiap hari untuk keputusan yang terbaik.
3. Gunakan serbuk kunyit
Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.
Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian, kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukannya pada kawasan yang diingini. Kemudian, tunggu sehingga ia kering.
4. Cara hilangkan jeragat secara tradisional guna teh hijau
Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit.
Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. Kemudian, gunakan beg teh tersebut dan sapukannya pada kawasan yang terjejas.
5. Skrub menggunakan serbuk oat untuk cara hilangkan jeragat secara tradisional
Campurkan sesudu oat bersama yogurt, madu dan jus lemon. Kemudian, sapukan sebatian ini pada wajah anda. Serbuk oat boleh menyerap lebihan minyak pada wajah dan membantu mengurangkan jerawat.
Malah, sifat antiradang serta kandungan antioksidannya yang tinggi juga dapat membantu merawat masalah kulit kering dan membuang sel kulit mati.
Ini antara petua yang mami dapat dari google. Cumanya mami bukan lah jenis rajin sangat. Keladang mami pun buat. Tapi mami puas hati sangat. Sejak mami pakai set skincare Youth, kulit mami nampak sangat perbezaan nya. Jeragat semakin pudar dan mami perasan jeragat tak mudah nak keluar.

Mami ambil satu set Youth ini. Ada Cleanser, Toner, SPF, Night Cream, Serum dan Radiance. Ok dalam satu set tersebut ada satu 1 item yang dipanggil Radiance C+E.

Radiance C+E diformulakan khas untuk memudarkan parut Jeragat. Datang dalam bentuk kapsul umtuk mengelakkan vitamin C+E teroksida.

Kalo uols nak cuba Radiance ni, jangan segan-segan kontek mami tau. Klik sahaja link dibawah ni.
Leave a comment