Assalamualaikum…apa khabar hari ni? Mami doakan para pembaca semua diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki.

Pejam celik dah pun masuk bulan Julai. Tak lama lagi mami akan offial masuk 40 tahun. Excited, gembira dan takut. Perasaan bercampur baur. Teringat pulak zaman sekolah dulu. Masa duk asrama, mami selalu sembang dengan kawan-kawan..agaknya bagaimanalah keadaan kita bila umur 20. Sama jugak bila masuk universiti selalu bayangkan umur kita 30 tahun. Dan alhamdullilah tahun ni berjaya melepasi halangan, ujian sehingga usia 40 tahun. Sentiasa gembira dan bersyukur dengan rahmat Allah.

Zaman kanak-kanak yang akan kita rindui.

Tapi bila masuk 40 tahun ni, sudah tibalah masanya untuk mami lebih fokus untuk kesihatan. Diusia ini banyak ujian akan tiba. Ini adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman orang yang lebih tua dari kita. Diusia ini juga mami sentiasa ingatkan diri untuk cuba kawal pemakanan, jgn terlalu stress fikirkan hal-hal duniawi, banyakkan bergerak dan exercise.

Sesekali bercuti bersama keluarga juga merupakan terapi diri yang terbaik

Mami ada google beberapa amalan gaya hidup sihat u tuk panduan mami. Mami share kat sini supaya pembaca semua pun dapat juga info yang best ni.

Antara kunci untuk sihat sepanjang hayat

1. Makan secara sihat

Ini yang sedang mami kawal. Tak mudah sebab tekak dah terbiasa makan sedap di mulut. Tapi tak sedap utk kesihatan. Hehehe faham tak maksud mami. Mami suka makan yang manis, berlemak, berkrim. Fuh. Nak kawan tak mudah. Kdang-kdang paksa juga diri untuk buat IF atau detox. Untuk kawal nafsu😄

Harus berkorban melawan nafsu. Tapi kalo sesekali takde malsalah. Enjoy life

2. Tidak merokok

Yang ni Alhamdullilah, mami bukan lah seorang perokok. Suami juga bukan perokok. Cuma mami nak ingatkan pada anda yang merokok, bila dah masuk usia 35 keatas, sebaiknya perlahan-lahan berhenti. Bukan apa, banyak sangat penyakit yang berpunca dari rokok ni. Lagi bahaya sekiranya kita ada anak kecil di rumah. Anak kecil sangat mudah mendapat jangkitan kuman pda paru-paru.

3. Lakukan aktiviti fizikal

Mami pun paksa diri jugak untuk melakukan aktiviti fizikal. Setiap pagi, lepas hntr anak ke sekolah, mami akan pergi ke taman rekreasi Lagoon dekat dengan rumah mami. Berjalan, sambil menghirup udara segar. Mami suka dengan suasana pagi, ramai pakcik makcik yang berusia 60tahun ke atas, berjalan sambil berborak dgn isteri, dengan kawan-kawan. Suka bila lihat mereka masih happy dan gagah berjalan.

Setiap pagi mami akan brisk walk. Jalan sambil menikmati alam yang indah.

4. Belajar menangani stress

Hidup ini harus tenang. Tak perlu fikirkan hal hal yang remeh. Tak perlu marah-marah. Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan. Jadi cuba kawal stress kita untuk kehidupan lebih tenang dan sihat.

Tiada yang lebih indah selain pengalaman berada di bumi berokah ini ketika PKP.

So, mami harap sedikit sebanyak perkongsian mami ini dapat beri semangat kepda pembaca semua untuk teruskan amalan hidup sihat ini. Dunia ini terlalu luas untuk kita terokai. Sayang sangat jika kita tak dapat explore kecantikan dunia ini asbab kesihatan yang tidak baik. Semoga segala urusan kita dipermudahkan olehNya.

Leave a comment

Trending

Design a site like this with WordPress.com
Get started